AGENDA

Gempa bumi landa Utara Sumatera, mungkin dirasai di Lembah Klang

1 Okt 2022, 1:54 AM
Gempa bumi landa Utara Sumatera, mungkin dirasai di Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 skala Richter dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 3.28 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 286 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurut jabatan itu, gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Perak dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu.

Orang ramai diminta mengisi borang di pautan https://forms.gle/xrnKwLo83vM8zmYG7 sekiranya terdapat maklumat gegaran.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.