AGENDA

EXCO: Kuari mesti patuh piawaian teknikal, perlu lulus kesan alam sekitar

29 Sep 2022, 10:39 AM
EXCO: Kuari mesti patuh piawaian teknikal, perlu lulus kesan alam sekitar

SHAH ALAM, 29 SEPT: Semua operasi kuari di Selangor mesti mematuhi piawaian jabatan teknikal termasuk kesan penilaian alam sekitar.

EXCO alam sekitar berkata kelulusan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan pihak berkuasa tempatan perlu sebelum dan semasa operasi kuari dijalankan.

"Pelaksanaan dan kelulusan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) dan Laporan Skim Kuari adalah diwajibkan sebelum sebarang aktiviti pengkuarian dimulakan," kata Hee Loy Sian.

Beliau menambah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan agensi berkaitan juga membuat pemantauan bersepadu bagi memastikan tiada pelanggaran syarat itu.

Katanya, sebanyak 19 operasi kuari seluas 800.50 hektar di Hutan Simpan Bukit Lagong diluluskan pada 2018 dan 2019 manakala tujuh lagi membabitkan 215.64 hektar antara 1992 hingga 2000.

"Kelulusan ini dikeluarkan bagi tujuan menampung keperluan bahan batuan bagi pembangunan di Selangor dan Lembah Klang," kata beliau lagi.

Loy Sian juga menjelaskan pembangunan kuari dijalankan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu bagi mengawal dampak terhadap alam sekitar.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.