AGENDA

Kerajaan digesa bawa usul khas tangani krisis harga barang, ringgit jatuh

27 Sep 2022, 1:08 PM
Kerajaan digesa bawa usul khas tangani krisis harga barang, ringgit jatuh

SHAH ALAM, 27 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan membawa usul khas menangani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Ketua kembangkang itu memaklumkan beliau telah mengutus surat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat bagi mengambil tindakan segera menangani krisis berkenaan.

"Permasalahan ini ternyata amat mengesankan rakyat serta negara dan ia perlu ditangani dengan kadar segera.

"Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang untuk mengemukakannya," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mencadangkan permasalahan tersebit diberi keutamaan untuk dibahaskan dalam minggu pertama sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 3 Oktober depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.