AGENSI

36 wanita Helang Hikers Team Selangor sertai aktiviti pendakian gunung

27 Sep 2022, 3:25 AM
36 wanita Helang Hikers Team Selangor sertai aktiviti pendakian gunung

SHAH ALAM, 27 SEPT: Seramai 36 peserta wanita Helang Hikers Team Selangor menyertai Jelajah Ekspedisi Gunung Yong Yap dan Gunung Yong Belar hujung minggu lalu.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata program bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dengan penerapan nilai dan kesedaran melestarikan khazanah alam.

"Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman teori dan praktikal berhubung aspek pendakian gunung dan aspek alam sekitar.

"Siri kali ini berhasrat memperkasakan golongan wanita tentang ilmu keselamatan dan teknikal pendakian yang jarang didedahkan kepada mereka," katanya ketika dihubungi.

Menurut Syahaizel, program sama dijadualkan pada November nanti dengan ekspedisi di Gunung Nuang.

"Ekspedisi ini memberi pengalaman yang realistik dan semestinya bagi meningkatkan penghayatan kepentingan alam sekitar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.