AGENDA

Anwar: Hilang mujaddid ulung, dunia Islam berdukacita

26 Sep 2022, 12:46 PM
Anwar: Hilang mujaddid ulung, dunia Islam berdukacita

SHAH ALAM, 26 SEPT: Umat Islam seluruh dunia amat berdukacita atas kembalinya Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi ke rahmatullah hari ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu memaklumkan dunia Islam kehilangan seorang mujaddid ulung sepanjang abad lalu yang ternyata mengesankan umat.

“Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi adalah sahabat dan tokoh rujukan saya sejak zaman mahasiswa ketika memimpin gerakan Islam. Beliau sentiasa menyeru kepada aliran wasatiyyah dan menentang keras aliran ghuluw dan mutaa’ssibin.

"Saya juga sering mengundangnya ke Malaysia termasuk sewaktu menjawat jawatan timbalan perdana menteri.

"Doa dan surat yang sering diutus tatkala dalam kesulitan begitu mengesankan dan memperteguh semangat dan idealisme saya dalam perjuangan,” katanya di Facebook.

Beliau secara secara peribadi amat merasai kehilangannya selain sumbangan serta legasi yang ditinggalkan ternyata membekas dalam setiap sanubari kaum muslimin.

“Semoga Allah SWT memberi tempat dan ganjaran yang teristimewa buat beliau,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.