AGENDA

Konvensyen HARAPAN di Perak 29 Oktober, semarak semangat rakyat hadapi PRU

22 Sep 2022, 3:47 AM
Konvensyen HARAPAN di Perak 29 Oktober, semarak semangat rakyat hadapi PRU

SHAH ALAM, 22 SEPT: Konvesnyen Pakatan Harapan (HARAPAN) dijadual berlangsung di Perak pada 29 Oktober depan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangannya Teo Nie Ching susulan keputusan mesyuarat gagasan berkenaan, semalam.

"Majlis Presiden HARAPAN yang bermesyuarat semalam telah memutuskan untuk mengadakan Konvensyen HARAPAN yang akan diadakan di Perak pada 29 Oktober," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, turut diputuskan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sebagai Pengarah Konvensyen HARAPAN kali ini.

Sementara itu, Nie Ching memaklumkan siri jelajah HARAPAN dan ceramah perdana pimpinan utama diadakan sehari sebelum konvensyen berkenaan.

Membabitkan kawasan Parlimen Tambun, Lumut, Tapah dan Parit Buntar, program berkenaan bertujuan merapatkan saf serta menyemarakkan semangat rakyat menghadapi pilihan raya umum ke -15.