ad
AGENDA

MB: 45,000 individu sertai saringan kesihatan percuma, libat belanja RM3.1 juta

22 Sep 2022, 3:23 AM
MB: 45,000 individu sertai saringan kesihatan percuma, libat belanja RM3.1 juta
MB: 45,000 individu sertai saringan kesihatan percuma, libat belanja RM3.1 juta

SHAH ALAM, 22 SEPT: Program Selangor Saring mendapat sambutan amat menggalakkan apabila seramai 45,000 individu menyertai inisiatif tersebut sejak dilancarkan Mei lalu.

Dato' Menteri Besar berkata jumlah penyertaan program saringan kesihatan percuma yang berakhir 11 September itu turut melebihi sasaran 31,000 individu yang ditetapkan.

Maklum Dato' Seri Amirudin Shari, daripada jumlah tersebut seramai 4,809 individu disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.1 juta supaya program ini dapat dilaksanakan di seluruh negeri.

“Kerajaan Negeri akan terus mengutamakan agenda kesihatan dan kebajikan rakyat Selangor,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.