ad
AGENDA

Selangor terima 10.2 juta pelancong domestik, tertinggi di Malaysia pada 2021

18 Sep 2022, 12:00 PM
Selangor terima 10.2 juta pelancong domestik, tertinggi di Malaysia pada 2021
Selangor terima 10.2 juta pelancong domestik, tertinggi di Malaysia pada 2021
Selangor terima 10.2 juta pelancong domestik, tertinggi di Malaysia pada 2021

SHAH ALAM, 18 SEPT: Selangor menjadi negeri tumpuan utama pelawat domestik dengan kehadiran 10.2 juta pelancong pada tahun lalu.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), penilaian itu berdasarkan Survei Pelancongan Domestik yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi 2021.

“Selepas Selangor, ia diikuti Kuala Lumpur dengan jumlah 9.1 juta pelancong, Sarawak (6.5 juta pelancong), Negeri Sembilan (5.5 juta pelancong), dan Pulau Pinang dengan 5.1 juta pelancong,” menurut Motac di Facebook.

Pada 11 September lalu, Dato’ Menteri Besar berkata penambahbaikan kemudahan di pusat pelancongan negeri antara tumpuan penting dalam Belanjawan Selangor 2023.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebelum ini aspek pelancongan turut diberi penekanan dalam belanjawan negeri, namun lebih bertumpu kepada promosi untuk merancakkan industri pascapandemik Covid-19.

Belanjawan Selangor 2022 menyediakan inisiatif RM114.6 juta bagi tempoh 2021 hingga 2025 untuk membantu penggiat pelancongan antaranya geran pemulihan serta promosi pascapandemik.

[caption id="attachment_506833" align="aligncenter" width="717"] Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya menyediakan pelbagai daya tarikan yang membolehkan pelajar melakukan aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran tempatan. Foto ihsan Tourism Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.