AGENDA

Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang

16 Sep 2022, 7:28 AM
Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang
Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 16 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Gombak dan Hulu Langat sehingga jam 6 petang.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca buruk sama diramal berlaku di beberapa kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.