ad
AGENDA

Cuaca baik, air pasang besar di Klang, Kuala Selangor terkawal

13 Sep 2022, 4:13 AM
Cuaca baik, air pasang besar di Klang, Kuala Selangor terkawal
Cuaca baik, air pasang besar di Klang, Kuala Selangor terkawal

SHAH ALAM, 13 SEPT: Fenomena air pasang besar di sekitar Klang dan Kuala Selangor yang memasuki hari ketiga masih terkawal setakat ini berikutan cuaca baik.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, paras air laut di perkampungan nelayan dan Pelabuhan Klang mencecah 5.4 meter dengan hanya limpahan kecil, lapor Sinar Harian.

"Ada lokasi yang berlaku limpahan air tetapi tidak ada pemindahan dan air limpahan ini juga dijangka surut dalam tempoh singkat," kata Pengarah Operasinya Norazam Khamis.

Beliau berkata seramai 100 anggota dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat Klang dan Kuala Selangor digerakkan untuk memantau kawasan terbabit sepanjang tempoh fenomena berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 62 lokaliti sekitar Klang dikenal pasti berisiko banjir berikutan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku selama tujuh hari mulai Ahad.

[caption id="attachment_539680" align="aligncenter" width="700"] Paras air laut di perkampungan nelayan Bagan Hailam, Pelabuhan Klang masih terkawal pada paras 5.5 meter berikutan fenomena air laut pasang besar ketika tinjauan pada 12 September 2022. Foto BERNAMA[/caption]

Fenomena itu turut dijangka berlaku antara 27 hingga 29 September ini apabila paras air laut pasang berpotensi meningkat sehingga 5.4 meter.

Antara lokaliti terlibat ialah Taman Sentosa, Taman Sri Muda, Kampung Johan Setia, Jalan Kebun, Jalan Benteng, Jalan Hamzah Alang @Pekan Meru, Kampung Jawa dan Kampung Bukit Naga.

Turut dikenal pasti berisiko banjir ialah Kawasan Tol Sungai Rasau, Jalan Tunku Kelana, Jalan Pasar Klang, Kampung Haji Shariff Meru, Taman Berkerley dan Kawasan Taman Rashna/ Tugu Keris

Tiga lokaliti yang dikenal pasti paling berisiko tinggi banjir termasuk Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Telok Gong di Pelabuhan Klang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.