AGENSI

Skuad LZS turun pandang jejak asnaf, daftar 12 keluarga di Hulu Selangor

12 Sep 2022, 5:14 AM
Skuad LZS turun pandang jejak asnaf, daftar 12 keluarga di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 12 SEPT: Seramai 12 daripada 40 keluarga dibanci didaftarkan sebagai asnaf oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi program Skuad Jejak Kemiskinan Hulu Selangor di Pangsapuri Rakyat Serendah Makmur pada 9 September.

Agensi itu memaklumkan program yang digerakkan penolong amil kariah Masjid Nurul Iman Serendah turut menawarkan bantuan bersesuai kepada beberapa keluarga yang memerlukan.

"Program ini bertujuan bagi menyantuni dan mengenalpasti keperluan, sama ada mereka layak untuk dikategorikan sebagai asnaf atau sebaliknya," katanya menerusi Facebook.

"Terima kasih kepada semua pengeluar zakat, kerana anda, ramai yang memerlukan telah berjaya dibantu."

Pada 22 Ogos lalu, Dato’ Menteri Besar berkata seramai 600 keluarga berjaya keluar daripada senarai asnaf antara Januari hingga Jun lalu dan tidak lagi memerlukan bantuan LZS.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, agensi itu turut memperuntuk RM69.3 juta tahun lalu menerusi program Zakat Selangor Peduli yang menyediakan 19 inisiatif bantuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.