AGENDA

EXCO: Mohon Skim Peduli Jantung, peluang pesakit terima pembiayaan RM50,000

10 Sep 2022, 5:31 AM
EXCO: Mohon Skim Peduli Jantung, peluang pesakit terima pembiayaan RM50,000
EXCO: Mohon Skim Peduli Jantung, peluang pesakit terima pembiayaan RM50,000

SHAH ALAM, 10 SEPT: Pesakit yang memerlukan bantuan boleh memohon pembiayaan sehingga RM50,000 menerusi Skim Peduli Jantung anjuran Kerajaan Negeri.

EXCO kesihatan berkata pesakit dari kalangan golongan B40 dan M40 dengan had maksimum pendapatan RM8,000 sebulan selain warganegara dan bermastautin 10 tahun di Selangor layak memohon.

Menerusi Facebook, Dr Siti Mariah Mahmud berkata maklumat lanjut berkaitan skim berkenaan boleh diperoleh dengan melayari pautan www.pedulisihat.com

Permohonan boleh dibuat melalui Selcare Management Sdn Bhd (Selcare) yang akan mengeluarkan surat jaminan (GL) sebelum mendapat rawatan di Institusi Jantung Negara.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta bagi pelaksanaan program berkenaan yang dibiayai bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sejak dilancarkan pada 2018, seramai 257 pesakit sudah menerima manfaat skim berkenaan membabitkan kos RM4.03 juta.

Berikut kriteria permohonan yang diperlukan:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.