SHAH ALAM, 9 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 di negara ini bawah paras 2,000 dengan merekodkan 1,988 kes setakat semalam termasuk dua daripadanya membabitkan penularan import.
Data di laman sesawang CovidNow menyaksikan angka jangkitan menurun sejak tiga hari lalu dengan 2,226 pada Khamis dan 2,428 kes hari sebelumnya.
Pertambahan itu menyaksikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,763,547 kes.
Dalam pada itu, empat kes kematian dilaporkan sekali gus menjadikan angka keseluruhan yang terkorban 36,274 kes.
Manakala kes pulih pula sebanyak 2,016 dan sehingga ini jumlah kumulatif meningkat kepada 4,738,009 kes.


