ad
PBT

MBSA pelawa orang ramai sertai pertandingan cipta logo, slogan

10 Sep 2022, 2:25 AM
MBSA pelawa orang ramai sertai pertandingan cipta logo, slogan

SHAH ALAM, 10 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa orang ramai menyertai pertandingan mencipta logo dan slogan bertemakan Low Carbon City Framework.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan individu yang berminat boleh mendaftar menerusi pautan https://tinyurl.com/pertandinganrekaciptatagline

"Jom sertai pertandingan mencipta logo & tagline bertemakan Low Carbon City Framework. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Oktober 2022," katanya.

Berdasarkan info grafik hadiah utama merupakan wang tunai RM1,000 manakala lima pemenang saguhati bakal membawa pulang wang tunai RM200.