AGENSI

Jais masih wajibkan pakai pelitup muka di masjid, surau

9 Sep 2022, 10:30 AM
Jais masih wajibkan pakai pelitup muka di masjid, surau

SHAH ALAM, 9 SEPT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih mewajibkan pemakaian pelitup muka di masjid dan surau selepas Putrajaya pengumumkan kelonggaran pemakaiannya.

Pengarahnya Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berkata buat masa sekarang kelonggaran berkenaan tidak termasuk di institusi keagamaan di negeri ini, lapor Harian Metro.

"Kita mengambil maklum pengumuman terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelitup muka.

"Namun, pemakaiannya masih kekal di masjid atau surau di negeri ini dan kita menunggu perkenan Baginda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi ketetapan baharu kelak," katanya.

Rabu lalu, KKM memutuskan pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan ruang tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau sebaliknya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.