AGENDA

MB ucap takziah pemergian mantan wakil rakyat Chini

6 Sep 2022, 3:20 PM
MB ucap takziah pemergian mantan wakil rakyat Chini

SHAH ALAM, 6 SEPT: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham  Jafri Abdul Rashid atas pemergian mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini itu petang tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Jafri Abdul Rashid, mantan ADN Chini (1999-2004) dari KEADILAN yang meninggal dunia petang tadi.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Inalillahwainailaihirajiun," katanya menerusi Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.