AGENDA

Covid-19: Jangkitan baharu 1,483 kes, turun empat hari berturut

6 Sep 2022, 2:53 AM
Covid-19: Jangkitan baharu 1,483 kes, turun empat hari berturut

SHAH ALAM, 6 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 di negara ini terus menurun kepada 1,483 kes setakat semalam dengan dua daripadanya membabitkan kes import.

Perkembangan itu menyaksikan penurun empat hari berturut-turut dengan 1,903 kes kelmarin, 2,240 (3 September) dan 2,328 (2 September).

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,792,942 kes.

Dalam pada itu, sebanyak empat kematian dilaporkan termasuk satu kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID) sekali gus menjadikan angka keseluruhan yang terkorban 36,249 dan 7,705 BID

Sementara itu, sebanyak 2,897 kes pulih dicatatkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah keseluruhan adalah 4,729,147 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.