AGENDA

Tanah runtuh kawasan lombong di Banting tidak libat kemalangan jiwa

5 Sep 2022, 3:01 PM
Tanah runtuh kawasan lombong di Banting tidak libat kemalangan jiwa

SHAH ALAM, 5 SEPT: Satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan insiden tanah runtuh di sebuah kawasan lombong bijih besi di Labohan Dagang, Banting hari ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pemeriksaan pihaknya mendapati satu jentera mesin pengorek telah tertimbus di bawah runtuhan tanah dan pemandunya, yang merupakan warga asing, sempat menyelamatkan diri.

“Semasa tiba di lokasi, (polis) berjumpa dengan seorang pekerja (yang) mengatakan kejadian tersebut berlaku (pada) kira-kira 1 tengah hari.

“Dalam kejadian ini, tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata usaha mengeluarkan mesin pengorek itu sedang giat dijalankan dan syarikat pelombongan terbabit akan membuat laporan berhubung insiden tersebut esok.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.