GOMBAK, 1 SEPT: Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang bakal memberi manfaat kepada enam juta penduduk disifatkan antara inisiatif terbaik yang pernah dilaksanakan Kerajaan Negeri kepada rakyatnya.
Peniaga Osman Jamaludin, 51, menyambut baik usaha Kerajaan Negeri yang sanggup memberikan perlindungan nyawa dan keselamatan dengan nilai berpatutan.
[caption id="attachment_538128" align="alignleft" width="374"]
Osman Jamaludin[/caption]
“Saya rasa dilindungi dan selamat berada di Selangor. Perkara ini adalah sesuatu yang amat baik sekali.
“Sudah tentu saya akan segera berdaftar dan mendaftarkan ahli keluarga saya apabila ia dibuka pada Oktober hadapan,” katanya pada Program Jasamu Dikenang Sempena Hari Kemerdekaan di Mukim Batu di sini, semalam.
Sementara itu, ahli perniagaan S Gunasegaran, 67, berkata inisiatif terbabit perlu dicontohi Putrajaya dan negeri lain
[caption id="attachment_538129" align="alignright" width="395"]
S. Gunasegaran[/caption]
“Saya rasa ini pertama kali dilakukan oleh sebuah negeri. Jadi saya harap semua rakyat dapat merasai manfaat yang sama seperti rakyat Selangor,” katanya.
Kelmarin, Dato’ Menteri Besar mengumumkan enam juta rakyat Selangor bakal menerima perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu akan ditawarkan kepada penduduk berusia 30 hari ke 80 tahun, dengan perlu memenuhi salah satu daripada dua syarat iaitu lahir di Selangor atau menjadi pengundi di Selangor.
Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu boleh didaftar mulai 1 Oktober ini.









