AGENDA

Hujan lebat diramal di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

27 Ogos 2022, 8:11 AM
Hujan lebat diramal di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku melibatkan beberapa negeri antaranya seluruh Perlis, Perak dan Melaka.

Manakala Kedah di Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling: Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman),  Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula di Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Miri (Subis) dan Limbang serta Sabah iaitu Sandakan (Kinabatangan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.