SHAH ALAM, 25 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor sehingga 6 petang ini.
Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut dijangka di beberapa negeri lain seperti seluruh Melaka dan Kedah di Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
Manakala Perak meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sarawak pula di Limbang serta Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Sandakan.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


