ad
AGENDA

Bayi baru lahir ditemui atas sofa depan kedai makan

21 Ogos 2022, 5:52 AM
Bayi baru lahir ditemui atas sofa depan kedai makan

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di atas sofa di hadapan sebuah kedai makan di Taman Bahtera, Ulu Bernam, Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun yang menjumpai bayi berkenaan pada 9.49 pagi.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan binatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arsad berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 53 saat menerusi media sosial memaparkan seorang bayi ditinggalkan di atas sofa sebelum ditemukan orang ramai.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.