SHAH ALAM, 21 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 terus menurun kepada 2,793 dengan lima jangkitan luar negara berbanding 3,490 kes dilaporkan semalam.
Menurut data di https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,717,263 kes dengan 40,890 daripadanya kes aktif.
Setakat semalam, 39,417 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,379 kes menerima rawatan di hospital, 61 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 29 kes di pusat kuarantin sementara.
Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 62.1 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 21.7 peratus.
Semalam, sebanyak 7 kematian dilaporkan termasuk satu kematian di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,136 kes.


