AGENDA

Cipta video animasi tema perpaduan, peluang menangi RM18,000

18 Ogos 2022, 3:25 AM
Cipta video animasi tema perpaduan, peluang menangi RM18,000
Cipta video animasi tema perpaduan, peluang menangi RM18,000

SHAH ALAM, 18 OGOS: Orang ramai berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM18,000 menerusi pertandingan Video Animasi #KitaKanSelangor 2022 sempena sambutan hari kemerdekaan.

EXCO perpaduan berkata pertandingan yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada secara individu atau berkumpulan dibuka sejak semalam hingga 17 Oktober.

Menerusi Facebook, Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan penyertaan boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR di poster atau lawati pautan bit.ly/Pertandingan-Video-Animasi

Berikut adalah tema video animasi:

  • Maju Bersama: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  • Aneka Kepelbagaian: Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
  • Bangsa Sepunya: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang RM8,000, tempat kedua (RM6,000) dan tempat ketiga RM4,000.

"Kongsikan karya kreatif anda dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai," katanya.

Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 012-420 2090 atau emel kepada kitakanselangor@gmail.com

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.