ad
AGENSI

PREC anjur karaoke sempena Merdeka, tawar hadiah hingga RM1,000

17 Ogos 2022, 2:47 AM
PREC anjur karaoke sempena Merdeka, tawar hadiah hingga RM1,000
PREC anjur karaoke sempena Merdeka, tawar hadiah hingga RM1,000

SHAH ALAM, 17 OGOS: Orang ramai berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,000 menerusi pertandingan karaoke anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) di Arena Food Park SACC Mall, di sini.

Agensi itu memaklumkan acara sempena bulan kemerdekaan yang berlangsung mulai 20 hingga 30 Ogos mempertandingkan tiga kategori dengan bayaran RM30 bagi ketegori A dan B manakala RM50 kategori C.

"Tiga kategori dipertandingkan iaitu pertama adalah kategori A bagi peringkat usia 1 hingga 12 tahun manakala kategori B (13-17 tahun) dan kategori C (18 tahun ke atas).

"Orang ramai dipelawa untuk menyertai dan memeriahkan lagi program karaoke merdeka ini, penyertaan dibuka sehingga 19 Ogos dan tema lagu adalah bebas," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut agensi itu, pertandingan Karaoke Merdeka 2022 dianjurkan bagi mencungkil bakat terpendam dan membuka peluang kepada umum menyerlahkan bakat mereka di pentas tempatan.

Individu yang berminat boleh berdaftar melalui pautan Google Form https://forms.gle/33cvEkmEk9PiRqD57

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 018-765 3658 atau emel kepada [email protected]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.