AGENSI

Kelas tambahan percuma PTRS manfaat 25,000 pelajar kurang mampu

16 Ogos 2022, 2:27 AM
Kelas tambahan percuma PTRS manfaat 25,000 pelajar kurang mampu

SHAH ALAM, 16 OGOS: Seramai 25,000 pelajar kurang berkemampuan menerima manfaat kelas tambahan percuma tahun ini menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan kelas tersebut sebahagian usaha dan ikhtiar Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.

"Kelas tambahan adalah usaha dan ikhtiar untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan.

"Kerajaan Negeri melalui PTRS telah memberi kelas tambahan percuma kepada 25,000 pelajar kurang berkemampuan pada tahun ini," katanya menambah lebih RM7 juta diperuntuk bagi program tersebut.

Beliau berkata program bagi membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut diperluas kepada pelajar sekolah rendah supaya lebih ramai dapat menerima manfaat.

Selain itu, Amirudin memaklumkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI turut membiayai makanan tengah hari kepada pelajar terlibat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.