AGENSI

Dua murid menang acara bercerita, tulisan khat kebangsaan terima RM500

15 Ogos 2022, 7:03 AM
Dua murid menang acara bercerita, tulisan khat kebangsaan terima RM500

SHAH ALAM, 15 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menyumbang RM500 kepada dua murid yang memenangi pertandingan bercerita dan tulisan khat peringkat kebangsaan, baru-baru ini.

Nur Izzatul Humaira Norshaharizal dari Kafa Integrasi (Kafai) Ar-Rasyidin, Gombak menang acara bercerita manakala tulisan khat dimenangi Puteri Nur Syifa Awaluddin dari Kafai Al-Waani, Hulu Langat.

Sumbangan diserahkan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor bagi menghargai penglibatan mereka dalam Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan.

Murid berkenaan antara 297 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut selain kontinjen peserta ihtifal, hakim, tetamu kehormat dan urus setia.

Program itu merupakan aktiviti tahunan melibatkan pelajar Kafa dan sekolah agama bawah penyelarasan Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam seluruh negara.

Selain tulisan khat dan bercerita kisah al-Quran, acara lain yang dipertandingkan ialah tilawah dan hafazan dengan hadiah meliputi RM500 untuk johan, RM400 (naib johan) dan RM300 (tempat ketiga).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.