ad
AGENDA

4,334 kes baharu, 10 kematian akibat Covid-19

14 Ogos 2022, 3:42 AM
4,334 kes baharu, 10 kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 14 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 4,334 kes semalam berbanding 3,943 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,732,502 kes dengan 44,617  daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 42,926 menjalani kuarantin di rumah, 1,595 kes menerima rawatan di hospital, 68 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 28 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara sebanyak 58.5 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 18.2 peratus.

Sebanyak 10 kematian dilaporkan semalam termasuk satu kes di luar hospital, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik 36,080 kes.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.