ad
AGENDA

Covid-19: 1,867 kes baharu, empat pesakit meninggal dunia

30 Sep 2022, 3:08 AM
Covid-19: 1,867 kes baharu, empat pesakit meninggal dunia

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini turun kepada 1,867 kes semalam berbanding 2,445 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,838,872 kes dengan 25,174 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 24,071 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,060 kes dirawat di hospital, 43 kes di unit rawatan rapi (ICU) namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.

Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara pula sebanyak 58.8 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 11.7 peratus.

Data menunjukkan empat kematian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,369 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.