AGENDA

Covid-19: Jangkitan baharu kekal paras 4,000 kes, 12 lagi terkorban

12 Ogos 2022, 2:28 AM
Covid-19: Jangkitan baharu kekal paras 4,000 kes, 12 lagi terkorban

SHAH ALAM, 12 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan namun kekal diparas 4,000 dengan 4,831 kes semalam berbanding 4,896 kes kelmarin.

Menurut data CovidNow, daripada angka itu hanya enam kes membabiikan penularan import sementara bakinya 4,825 kes adalah kes tempatan sekali gus menjadikan angka keseluruhan meningkat kepada 4,686,237 kes.

Sejumlah 3,362 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4 ,642,078 orang.

Pada masa sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,066 dan BID 7,667.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.