ad
AGENDA

Penghantar makanan maut motosikal rempuh belakang lori

5 Ogos 2022, 2:55 AM
Penghantar makanan maut motosikal rempuh belakang lori

KUALA SELANGOR, 5 OGOS: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikalnya merempuh belakang lori muatan kelapa di kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, semalam.

Ketua polis daerah Kuala Selangor berkata kejadian jam 4.33 petang itu berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak ke Selayang, lapor portal Berita Harian.

"Tiba di lokasi, pemandu memperlahankan lori kerana menghampiri kawasan lampu isyarat, namun motosikal Yamaha 135 LC ditunggang mangsa berusia 23 tahun itu merempuh penghadang belakang kiri lori.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat," kata Superintendan Ramli Kasa, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.