AGENSI

Hijrah tawar lima program latihan tingkat ilmu usahawan

1 Ogos 2022, 1:24 PM
Hijrah tawar lima program latihan tingkat ilmu usahawan

SHAH ALAM, 1 OGOS: Usahawan bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berpeluang mengikuti program keusahawanan bagi memantapkan lagi ilmu perniagaan mereka.

Agensi itu di Facebook memaklumkan lima program pembangunan berkenaan meliputi latihan keusahawanan, pengurusan ejen, rangkaian perhubungan, bimbingan perniagaan dan pengurusan kewangan.

Hijrah berkata usahawan yang berminat untuk menyertai mana-mana latihan berkenaan boleh melakukan prapendaftaran menerusi pautan https://docs.google.com/.../1FAIpQLSecN5Df2KRZcH.../viewform

Selain menganjurkan program keusahawan, Hijrah juga melaksanakan program kompas keusahawanan yang berperanan membantu usahawan meningkatkan hasil perniagaan.

Menerusi program itu, usahawan dibimbing bagi meningkatkan potensi diri supaya mempunyai hala tuju jelas dalam perniagaan yang sedang diusahakan.

Sepanjang tempoh Januari hingga Jun, seramai 4,113 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM69.01 juta daripada Hijrah menerusi tujuh skim pembiayaan meliputi i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.