ad
AGENDA

Tambah baik program, perkenal inisiatif baharu tangani bencana

27 Jul 2022, 8:24 AM
Tambah baik program, perkenal inisiatif baharu tangani bencana

SHAH ALAM, 27 JULAI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menggariskan beberapa penambahbaikan program sedia ada termasuk memperkenal inisiatif baharu bagi menghadapi kemungkinan bencana.

Dato' Menteri Besar  menjelaskan inisiatif itu meliputi penambahbaikan Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC) menjelang 2025 yang berupaya menghantar amaran awal banjir dan tanah runtuh .

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pelan tindakan pengurusan bencana turut dibangunkan dengan menggariskan persediaan, tindak balas dan pemulihan yang memfokus tadbir urus serta komunikasi berkesan.

"Pelaksanaan projek infrastruktur mitigasi banjir telah dikenal pasti termasuk pedalaman sungai, pembinaan dan penaik tarafan tampungan sungai serta kolam," katanya.

Membentang RS-1 di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini, Amirudin berkata kejadian banjir dan tanah runtuh berlaku ekoran pembangunan serta keadaan cuaca ekstrem selain faktor perubahan iklim.

"Bencana alam akan memberi kesan terhadap rantaian bekalan yang berpotensi menjejaskan ekonomi Selangor amnya," kata beliau.

Sebelum ini, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) mengagih aset komunikasi teknologi maklumat (ICT) kepada sembilan pejabat daerah dan tanah (PDT) bagi mendigital pusat kawalan operasi bencana peringkat daerah supaya risiko musibah diurus lebih cekap.

Kemudahan seperti televisyen pintar, komputer riba dan peranti komputer  sebahagian daripada inisiatif Pelan Tindakan Smart Selangor 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.