AGENDA

Wanita hilang sejak tiga hari lepas ditemukan lemas

26 Jul 2022, 11:51 PM
Wanita hilang sejak tiga hari lepas ditemukan lemas

SEREMBAN, 27 JULAI: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut dipercayai akibat lemas, di kawasan teluk di Batu 1, PD Waterfront, Port Dickson, dekat sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mayat pekerja swasta berusia 31 tahun dari Mambau itu ditemukan oleh seorang lelaki kira-kira pukul 1.10 tengah hari.

Beliau berkata pengecaman dilakukan adik mangsa mengesahkan bahawa ia adalah mayat kakak kandungnya, berdasarkan kepada pakaian yang dipakai wanita itu sebelum keluar rumah tiga hari lepas.

“Pada tarikh itu juga bapa mangsa telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan wanita itu dan kenderaannya dijumpai semula bersama barangan peribadi dalam kereta yang masih berkunci di kawasan lapang berdekatan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.