SHAH ALAM, 25 JULAI: Sebanyak 2,720 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam termasuk lima jangkitan import.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 4,613,781 setakat ini.
Mengikut data sama, 4,012 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,567, 485 kes.
Selain itu sebanyak lima kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID).
Berikut perincian kes mengikut negeri:
Selangor: 989
Perak: 253
Kuala Lumpur: 240
Pulau Pinang: 236
Sabah: 226
Negeri Sembilan: 215
Johor: 201
Melaka: 131
Kedah: 101
Putrajaya: 55
Kelantan: 49
Sarawak: 41
Pahang: 38
Terengganu: 29
Perlis: 6
Labuan: 4


