ad
BERITA UTAMA

Program rewang dihidupkan semula, anjur di setiap daerah

22 Jul 2022, 11:51 PM
Program rewang dihidupkan semula, anjur di setiap daerah

SHAH ALAM, 23 JULAI: Kerajaan Selangor menganjurkan program Kita Rewang Sekampung di setiap daerah bagi menghidupkan kembali amalan tradisi dalam kalangan masyarakat.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata Sabak Bernam menjadi daerah pertama dan program berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Jelas Borhan Aman Shah penganjuran juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan penduduk sekali gus membentuk perpaduan yang utuh.

“Sabak Bernam adalah lokasi pertama dengan mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan 230 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang mencatatkan keputusan 7A dan ke atas.

“Jadi penduduk bergotong royong memasak juadah tradisi. Untuk program ini kita tumbangkan dua ekor lembu,” katanya kepada Selangorkini.

Borhan berkata selain bekerjasama menyediakan juadah, aktiviti sukan rakyat dan kebudayaan tradisional turut diadakan.

“Esok kita akan adakan pertunjukkan menuai dan membanting padi, pertandingan memancing tradisional dan wau,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.