ad
AGENDA

Mangsa banjir Baling hargai usaha rakyat Selangor hulur bantuan

22 Jul 2022, 3:38 PM
Mangsa banjir Baling hargai usaha rakyat Selangor hulur bantuan
Mangsa banjir Baling hargai usaha rakyat Selangor hulur bantuan
Mangsa banjir Baling hargai usaha rakyat Selangor hulur bantuan

BALING, 22 JULAI: Selangor antara negeri yang banyak menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir daerah ini termasuk bantuan tenaga manusia.

Penghulu Kampung Sadek dan Seberang Jaya berkata selain bantuan Kerajaan Selangor, mereka juga turut menerima barangan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta perseorangan.

“Sejak kejadian, pihak dari Selangor banyak bagi sumbangan. NGO macam-macam datang hantar makanan, pakaian dan keperluan. Sama juga dengan orang perseorangan.

[caption id="attachment_531618" align="alignright" width="380"] Penghulu Kampung Sadek dan Seberang Jaya Abdul Rahman Che Dol. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Bila banjir surut, Kerajaan Selangor hantar ramai anggota pihak berkuasa tempatan (PBT). Lebih kurang 200 orang bersihkan rumah penduduk.

“Peralatan juga lengkap. Ada bawa lori, pam air (bertekanan tinggi) bantu penduduk bersihkan rumah. Hari ini datang lagi beri wang tunai dan keperluan lain,” kata Abdul Rahman Che Dol.

Terdahulu beliau antara mangsa banjir Kampung Sadek yang menerima bantuan daripada Kerajaan Selangor menerusi Misi Selangor Penyayang (MSP) 2.0.

Sementara itu peniaga cendol, Mariah Che Man, 60, berkata tanpa bantuan tenaga anggota PBT Selangor, rumahnya mungkin masih dipenuhi lumpur sehingga kini.

[caption id="attachment_531619" align="alignleft" width="380"] Mariah Che Man, 60. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Makcik dengan dua anak. Tak larat nak bersihkan sebab banyak sangat rosak. Semua lumpur mereka sedut. Terima kasih kepada rakyat Selangor yang prihatin,” katanya dengan nada sebak.

MSP 2.0 melibatkan 150 anggota Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) dari 12 PBT, Sukarelawan Selangor dan Team Selangor yang mengagihkan bantuan kepada 400 mangsa banjir dari tujuh kampung.

Misi pertama pada 6 Julai disertai 262 anggota PBT dan sukarelawan membantu membersihkan puluhan kediaman mangsa banjir dengan 90 tan sampah pukal dikeluarkan dari kawasan tersebut.

Pada 4 Julai lalu hujan lebat hampir tiga jam di Baling menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki kediaman penduduk berdekatan dan mengorbankan tiga mangsa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.