PBT

MPK tumpas kegiatan jual arak tanpa lesen, disyaki diusaha warga asing

22 Jul 2022, 4:51 AM
MPK tumpas kegiatan jual arak tanpa lesen, disyaki diusaha warga asing

SHAH ALAM, 22 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini menumpaskan kegiatan penjualan minuman keras tanpa lesen di lapan kediaman yang diubah suai menjadi kedai runcit.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Shahrul Hazri Abd Majid berkata selain minuman keras, pihaknya turut menyita tong gas, kerusi, meja dan barangan runcit dianggarkan bernilai RM7,000 di kesemua premis yang disyaki diusahakan oleh warga asing.

"Bertindak atas maklumat orang awam, kami menemukan aktiviti penjualan minuman keras disebalik kediaman yang dijadikan kedai runcit di dua lokasi iaitu Jalan Abadi dan Jalan Jabar di sekitar Meru.

"Ini adalah serbuan kali ke empat tahun ini di lokasi yang sama," katanya di Facebook hari ini.

Beliau berharap warga tempatan terus menjadi mata-mata dengan menyalurkan maklumat kepada MPK dalam mengekang aktiviti seperti ini dimasa depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.