AGENDA

RUU antimenghendap dibentang di Dewan Rakyat tahun ini

22 Jul 2022, 3:07 AM
RUU antimenghendap dibentang di Dewan Rakyat tahun ini

SHAH ALAM, 22 JULAI: Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap dikenali sebagai ‘anti-stalking law dijangka’ akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) ,Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, buat masa ini, RUU tersebut berada di peringkat perincian terakhir di Jabatan Peguam Negara.

“Ssaya akan buat taklimat bersama ahli-ahli Parlimen serta Senator pada minggu depan mengenai RUU tersebut.

“Kita akan berikan pemakluman dan status terkini juga dengan semua pemegang taruh yang terlibat. Ia dilihat seiring dengan RUU Anti Seksual, kalau dapat dibentangkan tahun ini saya akan gembira sekali,” katanya kepada media selepas Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit 2022 semalam.

Beliau berkata RUU yang bakal diperkenalkan itu dijangka mampu melindungi mangsa khususnya wanita, daripada gangguan secara realiti atau dalam talian.

“Dengan lulusnya RRU ini, ramai mangsa akan berani tampil ke hadapan selain ini hadiah buat mereka. Ini adalah sebahagian isu keselamatan yang kita boleh beri harapan kepada mangsa,” katanya.

Katanya, hasil daripada persidangan meja bulat yang berlangsung hari ini turut menggesa agar RUU berkaitan jenayah intip dan hendap itu dipercepatkan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.