ad
AGENDA

Selangor sumbang RM100,000 ringankan beban mangsa bah Baling

21 Jul 2022, 3:10 AM
Selangor sumbang RM100,000 ringankan beban mangsa bah Baling
Selangor sumbang RM100,000 ringankan beban mangsa bah Baling

BALING, 21 JULAI: Kerajaan Selangor menyerahkan RM100,000 kepada Pejabat Daerah dan Tanah Baling (PDT) serta penduduk yang terjejas akibat banjir awal bulan ini.

Bantuan menerusi Misi Selangor Penyayang (MSP) 2.0 merangkumi wang tunai RM30,000 kepada PDT tersebut manakala baki melibatkan sumbangan keperluan asas kepada 314 keluarga.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman mengetuai misi berkenaan bersama EXCO Perumahan Rodziah Ismail dan EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah.

Ketiga-tiga mereka turut bergerak ke enam perkampungan bagi mengagihkan sendiri alatan asas kediaman antaranya selimut dan bantal selain bertanya khabar mangsa yang terkesan dalam musibah itu.

[caption id="attachment_531264" align="aligncenter" width="667"] Setiausaha Kerajaan Selangor Dato’ Haris Kasim menyerahkan cek cura RM30,000 kepada Pegawai Daerah dan Tanah Baling Mohd Shahadan Abdullah sempena Misi Selangor Penyayang 2.0 di Pejabat Daerah dan Tanah Baling pada 21 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Seramai 150 anggota Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) dari 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), Sukarelawan Selangor dan Team Selangor turut menyertai operasi penyerahan.

Pada 6 Julai, misi pertama disertai 262 anggota PBT dan sukarelawan membantu membersihkan 73 kediaman mangsa banjir dengan 90 tan sampah pukal dikeluarkan dari kawasan tersebut.

Hujan lebat hampir tiga jam di Baling pada 4 Julai lalu menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki kediaman penduduk berdekatan dan mengorbankan tiga individu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.