AGENSI

MB harap tajaan LZS semarak semangat pelajar lanjut pengajian di Mesir, Jordan

14 Jul 2022, 6:00 AM
MB harap tajaan LZS semarak semangat pelajar lanjut pengajian di Mesir, Jordan

SHAH ALAM, 14 JULAI: Dato' Menteri Besar berharap tajaan pendidikan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyemarakkan lagi semangat pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata lanjutan permohonan bantuan yang tamat hari ini adalah sokongan kepada para pelajar terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 supaya proses pendidikan dapat berjalan lancar.

"Warga Selangor yang telah selesai mengemukakan permohonan ke Timur Tengah melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) layak memohon.

"Semoga dapat menyemarakkan semangat mengecapi kejayaan puncak menara gading,” katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, LZS melanjutkan permohonan tajaan pendidikan dermasiswa ke Mesir dan Jordan daripada 30 Jun kepada 14 Julai.

Antara syarat kelayakan adalah pemohon sudah mengemukakan permohonan untuk menyambung pelajaran ke Timur Tengah melalui KPT.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.