PBT

MBSA anjur program tanpa kenderaan pada 17 Julai, beberapa jalan ditutup sementara

13 Jul 2022, 3:40 AM
MBSA anjur program tanpa kenderaan pada 17 Julai, beberapa jalan ditutup sementara

SHAH ALAM, 13 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan raya sempena program Shah Alam Tanpa Kenderaan 2022 pada Ahad iaitu 17 Julai ini.

Menurut MBSA, program yang bermula di Dataran Kemerdekaan itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk bandaraya berkenaan.

"Justeru, MBSA akan menutup sementara sebahagian jalan semasa acara itu berlangsung iaitu mulai jam 6.30 pagi hingga jam 9.30 pagi.

"Jalan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato' Menteri dan Persiaran Damai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MBSA meminta kerjasama orang ramai supaya tidak menggunakan laluan berkenaan dalam tempoh yang dinyatakan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

"Orang ramai diminta sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MBSA dan menggunakan jalan alternatif untuk ke destinasi yang ingin ditujui," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.