AGENDA

Fenomena 'supermoon' dijangka berlaku petang esok

12 Jul 2022, 10:05 AM
Fenomena 'supermoon' dijangka berlaku petang esok

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena supermoon, yang dijangka berlaku pada 5.09 petang esok.

Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA), menerusi portal rasminya mengumumkan fenomena itu akan berlaku berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi, yang disebut sebagai perigee, dengan jarak 357,263 kilometer (km).

“Bulan beredar mengelilingi bumi dalam orbit elips dengan purata kesipian 0.0549. Oleh itu, jarak purata bulan dari bumi (pusat ke pusat) berbeza-beza pada setiap masa, dengan jarak purata terdekat (perigee) ialah 363,396 km dan jarak purata terjauh (apogee) ialah 405,504 km.

"Semasa supermoon, bulan purnama boleh muncul sehingga tujuh peratus lebih besar daripada bulan purnama biasa, dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada 'mikromoon'," katanya.

Fenomena supermoon terbaru berlaku pada 14 Jun lalu dan imej tersebut berjaya dirakam oleh sistem Teleskop Balai Cerap Negara Langkawi. - BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.