AGENDA

Lima daerah di Selangor dijangka alami ribut petir hingga 7 malam

12 Jul 2022, 8:27 AM
Lima daerah di Selangor dijangka alami ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 12 JULAI: Lima daerah di negeri ini dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Seluruh Perlis dan Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak turut diramal berdepan cuaca yang sama.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.