PBT

MPAJ sedia parkir khas ambulans di Hospital Ampang

12 Jul 2022, 3:05 AM
MPAJ sedia parkir khas ambulans di Hospital Ampang

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya menyediakan parkir khas ambulans di Hospital Ampang pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tempat letak kenderaan bagi memudahkan kemudahan itu diletakkan berhampiran pusat perubatan berkenaan.

"Unit Tempat Letak Kereta Jabatan Khidmat Pengurusan MPAJ melaksanakan kerja penyediaan parkir khas bagi kegunaan ambulans di Hospital Ampang.

"Orang awam dinasihatkan tidak menggunakan atau menghalang parkir khas ini," tulisnya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.