AGENDA

Agong, permaisuri ucap selamat menyambut Aidiladha

9 Jul 2022, 12:41 PM
Agong, permaisuri ucap selamat menyambut Aidiladha

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.

"Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaan-Nya jua," titah Baginda berdua dalam poster ucapan yang dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha esok.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.