AGENSI

Rancangan Selangor Satu peristiwa bermakna, memacu masa depan gemilang

9 Jul 2022, 12:15 AM
Rancangan Selangor Satu peristiwa bermakna, memacu masa depan gemilang

SHAH ALAM, 9 JULAI: Simposium Rancangan Selangor Pertama (RS-1) merupakan peristiwa sangat bermakna, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rancangan itu bakal memacu negeri itu menuju masa depan lebih gemilang.

“Hasrat ini merupakan kesatuan visi dan idea dalam membentuk acuan terbaik bagi sebuah negeri termaju,” katanya menerusi Facebook.

Khamis lalu, bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Amirudin hadir melancarkan Majlis Simposium Prapelancaran RS-1 2021-2025.

Menerusi simposium itu, beliau memaklumkan RS-1 memfokuskan empat tema utama merangkumi ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.