AGENDA

Jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada lebih 4,000 kes

8 Jul 2022, 3:24 AM
Jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada lebih 4,000 kes

SHAH ALAM, 8 JULAI: Jangkitan harian Covid-19 negara terus meningkat kepada 4,020 kes yang direkod semalam berbanding 3,561 pada Rabu.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,011 penularan tempatan dan bakinya kes import sekali gus menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,548,528 kes.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes lebih 4,000 ialah pada 24 April lalu dengan 4,006 kes.

COVIDNOW juga merekodkan tiga kematian akibat wabak dengan dua daripadanya kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,718 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan ialah 4,516,688 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.