AGENDA

Yide, Aiman Platinum bawa 303 anak yatim tonton filem Mat Kilau

5 Jul 2022, 12:09 AM
Yide, Aiman Platinum bawa 303 anak yatim tonton filem Mat Kilau
Yide, Aiman Platinum bawa 303 anak yatim tonton filem Mat Kilau

SHAH ALAM, 5 JULAI : Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) membawa 303 anak yatim menonton wayang filem biografi epik, ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di TGV Central I-City pada 2 Julai lalu.

Yide menerusi kenyataan memaklumkan program itu turut mendapat kerjasama daripada Syarikat Aiman Platinum Sdn Bhd (Aiman Platinum).

"Kali terakhir kami membawa anak-anak ini menonton wayang adalah pada 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 kemudian kali ini kami bawa lagi.

[caption id="attachment_428713" align="alignright" width="420"] Seramai 323 anak yatim dan asnaf bergambar dengan maskot Boboiboy selepas diberi peluang menonton filem tersebut di TGV ICity Shah Alam pada 1 September 2019. Foto YIDE[/caption]

"Jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak dari 13 rumah anak yatim sekitar Selangor yang semangat berbusana Melayu lengkap bertanjak," kata Yide di Facebook.

Dalam kenyataan sama, Yide menggalakkan orang ramai terus menderma ke arah pembangunan ummah dengan memuat turun aplikasi InfaqYide di Google Playstore dan Apple Appstore.

"Yide akan meneruskan usaha murni dalam menyantuni anak yatim di negeri ini," katanya.