AGENDA

Gempa bumi sederhana landa Laut Maluku Utara, Indonesia

3 Jul 2022, 1:45 AM
Gempa bumi sederhana landa Laut Maluku Utara, Indonesia

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Laut Maluku Utara, Indonesia pada 7.49 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 129 kilometer (km) tenggara dari Bitung itu berlaku pada kedalaman 61 km.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mengesahkan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.